Seputih Camilia

Tuesday, July 7, 2009


Sedar tak sedar... Camilia dah nak masuk 3 tahun bulan depan... dah semakin nakal.. dah pandai menjawab.. dah sibuk bertanya itu dan ini... mama masih belum sempat nak ajar Camilia mengaji.. Mama masih belum sempat nak ajar Camilia.. ABC... nanti Camilia akan ketinggalan... Lepas ni mama akan cuba untuk luang kan masa dengan Camilia.. dan ajar Camilia semuanya...


Riz dah masuk 9 bulan... jugak dah makin nakal... dah pandai merajuk kalau tak dapat apa yang dia nak.. dah pandai mengamuk... dah pandai tak duduk dalam walker.. adik.. september ni Riz dan Camilia akan dapat adik baru... dont know yet boy or girl... dah nak masuk 3 anak mama... mama doakan anak2 mama akan sentiasa dalam lindungan dan diberkati Allah... Mama sayang semua anak2 mama....


Camilia jangan nakal sangat... Riz cepat la pandai berjalan... tapi kadang-kadang mama fikir.. mama tak mahu anak2 mama besar. Biar la kecil macam ni.. comel... tapi itulah kejadian Allah... sampai masanya... akan semakin membesar... dan membesar... mama sentiasa berdoa semua anak2 mama akan menjadi anak2 yang diredhai Allah dan soleh serta solehah... taat pada perintah Allah dan taat pada mama dan papa.


Friday, May 8, 2009

SELAMAT HARI IBU....


Click Me!


Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya..... dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......


Cuba kita renungkan sedikit kata-kata di atas... adakah kita sanggup melakukannya.. mungkin setengah orang akan sanggup dan setengah lagi tidak sanggup... Jika kita mendengar kisah anak yang tidak mahu menguruskan ibu yang sudah tua dan nyanyuk yang tidak boleh menguruskan diri... kita akan berasa marah... tapi pernah tak kita tanya diri kita jika kita berhadapan dengan situasi itu sanggupkah kita... hanya segelintir sahaja yang sanggup kan...? Pernah tak kita terfikir yang kita akan berhadapan dengan situasi ini...? Pernah tak kita terfikir bagaimana ibu dulu sanggup menjaga dan membela kita dari masa kita lahir ke dunia dan tidak tahu menguruskan diri sehingga kita dewasa begini? Tapi kita tidak sanggup melakukannya pada ibu?

Ibu adalah manusia yang sangat agung dan istimewa....
Bila dahaga, yang susukan aku.... mak Click Me!
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak Click Me!
Click Me!Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati.... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak Click Me!
Click Me!Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak Click Me!
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak
Aku selalu teringatkan .... mak
Bila sedih, aku mesti talipon.... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! " Click Me!
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak Click Me!
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak
Click Me!Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku.... mak Click Me!
Yang selalu nasihat aku.... mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak

Marilah kita semua menghargai ibu kita.. sambutlah HARI IBU dengan penuh ceria... bahagia dan gembirakan lah ibu kita sebelum dia pergi selamanya meninggalkan kita....

Bagi mereka yang telah kehilangan ibu buat selamanya.. hadiahkan lah ibu dengan doa dari anaknya yang soleh dan solehah... moga ibu ditempatkan bersama orang yang beramal soleh di dalam syurga... sedekahkan ibu dengan bacaan ayat-ayat suci kalamullahulkarim....

Mak aku sayangkan mak selamanya.....

Friday, April 24, 2009

Tamat Belajar

Camilia... Riz

Akhirnya.. . dalam kepayahan... dalam kesusahan... mama telah berjaya juga menghabiskan master... perjalanannya penuh dengan ranjau dan duri.. dan hampir juga tersungkur di tengah jalan... hampir berputus asa... namun atas nasihat papa dan kawan-kawan mama... dan demi mengubah nasib anak-anak mama... mama teruskan jua... walau mama tahu nilainya telah berkurangan.... Bayangkan lah... mama mulakan semasa mama mula-mula bertemu papa... sehinggalah mama dah ada Riz.. baru la mama tamat... terlalu panjang perjalanannya.... Sepatutnya dah lama mama habiskan... Tapi walau apa pun mama tetap bangga kerana semasa mama berjuang menghabiskannya... mama membawa sama Camilia dan Riz dalam perut mama masuk Universiti....
Semoga.. Allah mempermudahkan jalan hidup kita... memperbanyak dan meluaskan rezeki kita selepas ini... Amin... Ya Allah... bantu lah hamba mu ini... mudah dan senangkan lah jalan dan rezeki anak2 ku....


Walau mama malu sebab lambat habis... tapi mama tak sabar juga untuk menyarungkan jubah konvo... cuma mama sedih... wan tak dapat nak datang semasa mama sarung jubah master ni...


Mak....

Anak mak akhirnya dah berjaya juga menghabiskan master... tapi mak dah tak ada masa anak mak ni dah berjaya... tak dapat nak kongsi kegembiraan ini... tak dapat nak balas jasa dan susah payah mak membesar dan menyekolahkan anak mak ni... Moga mak akan dapat kebahagiaan di akhirat sana... moga mak ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.... amin... tunggu kunjungan anak mu di pusara mu...


Camilia... Riz...

Mama nak kalian berdua... akan dapat mencapai kejayaan yang lebih dari mama.... sampai ke peringkat yang lebih tinggi... di dunia dan akhirat... ingatlah mama selalu mendoakan kalian berdua... dan mama sayang sangat dengan kalian berdua.... both of you are my life...